Tuesday, May 31, 2011

Jaga Diri, Jaga Iman...

"Jaga diri, jaga iman"... itulah kata-kata yang selalu dalam ingatan aku...

Aku sering berbalas mesej dengan seseorang yang aku sendiri tidak tahu siapa dia di hati aku...Kawan, sahabat atau Kekasih? Kadang2 aku buntu memikirkan perkara ini... Ye la, bila dah hampir setiap hari berbalas mesej...sampaikan nak tidur pon sempat ag nk bermesej....nak mandi pon siap bgtau ag dlm mesej (mana tau kot2 dia marah ke sbb lmbt bls msg...heheehhee)... Bila setiap hari bermesej tue, timbul gak la rasa sayang...mana tidaknya...dia sering bertanya khabar, bagi aku kata2 semangat... selalu tolong aku bila aku susah...sekarang nie susah nk cari orang mcm die..yang sanggup tolong aku even aku nie jarang tolong die...itu dah membuktikan yang die mmg benar2 ikhlas dgn aku...

Aku tahu dia sayang aku..dan aku juga sayang die...cuma aku tidak tahu sayang aku nie berstatus mcm mane...aku sendiri xleh ungkapkan perasaan sayang aku nie kat die...itulah masalah aku...aku pernah ajak die couple, tapi aku cam x ready lagi sbb tue la...aku sendiri keliru dgn diri aku sedangkan aku memang sayang die...hhmmm.....(pening kepala aku pkir benda nie)

Mesej die bg aku ketenangan...mesej die tue rasa cam aku nie disayangi...sgt2 disayangi...Aku nak balas rasa sayang tue kat die...tapi........(x terkata)

Ake selalu mesej dgn die...dan sering kali diakhir mesej die...die akan tulis... "JAGA DIRI, JAGA IMAN"...
Aku sering teringat kata-kata dalam mesej die... "JAGA DIRI, JAGA IMAN"....

Dan aku akan berusaha utk jaga diri dan iman aku...sbb aku tau aku nie bknnya baik sgt....Itulah ayat keramat yang sering aku pegang...."JAGA DIRI, JAGA IMAN"...


** p/s: kepada insan yang aku maksudkan (jika baca entry nie)...terima kasih atas segalanya....saya akan selalu ingat pesanan awak... :)

Wednesday, May 25, 2011

Seribu Kesyukuran Ku Panjatkan.....

Bismillah Hirrahmanir Rahim...

Alhamdulillah....seribu kesyukuran ku panjatkan kepada Allah SWT....kejayaan yang aku dapat hari ini adalah anugerah yang paling bermakna dalam hidupku....setelah sekian lama aku menanti saat-saat ini...dari semester 1 hingga semester 5...akhirnya dapat juga aku merasa kejayaan itu....selama nie aku hanya melihat kegembiraan kawan-kawanku sahaja...tetapi sekarang nie aku dapat juga merasa apa yang mereka rasa selama nie...aku tidak menyangka...semester akhir ini memberi seribu makna dan kenangan yang paling manis dalam hidup aku...Terima Kasih Allah......

Umi...Abah...terima kasih atas segala sokongan dan dorongan selama nie...terima kasih kerana tidak jemu-jemu berdoa untuk anakmu ini....kejayaan dan kecemerlangan ini adalah hadiah yang amat bernilai untuk Umi dan Abah...tiada yang paling bahagia dalm hidup ini selain dapat membahagiakan Umi dan Abah...

Ya Allah Ya Tuhanku....

Aku tahu kejayaan ini adalah sementara sahaja..kejayaan ini adalah milikmu...Aku berdoa kepadamu Ya Allah....kekalkanlah kejayaan ini....janganlah Kau taburkan benih-benih mazmumah dalam diriku....Kau lindingilah aku dari perangai angkuh, bongkak dan sombong di atas kejayaan ini...Sesungguhnya, nikmat ini adalah kerana KekuasaanMu...Kau berhak memberi nikmat ini kepada sesiapa yang Kau inginkan dan Kau juga berhak menarik balik nikmat ini....

"Ya Allah.....Satu sahaja yang ku minta...jika kejayaan ini adalah milikku, Kau kekalkanlah ia dan jauhi diriku dari sifat-sifat sombong dan bongkak....jika kejayaan ini hanyalah untuk kali ini sahaja, Kau tabahkanlah hatiku...jangan biarkan aku menangis sekiranya aku tidak dapat mengecapi nikmat ini lagi...."

Hanya Engkau tempatku meminta dam bermohon kasih....Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mendengar...

Amin Ya Rabbal Alamin....

Thursday, May 19, 2011

Aku Tak BODOH...

Kejayaan anak-anak adalah dari galakan, dorongan dan doa kedua-dua ibu bapa.... Kepada ibu bapa di luar sana, sesibuk mana pon anda, anak-anak jangan sesekali diabaikan....filem Aku Tak BODOH adalah satu cerita yang amat2 memberi kesan kepada saya yang mana cerita ini berkisar kekeluargaan. Dua buah keluarga iaitu keluarga Roy dan keluarga Sudin...

Roy mempunyai keluarga yang cukup lengkap... Kekayaan dan kemewahan adalah miliknya..tetapi x semua yang dia impikan menjadi kenyataan... Biarpun Roy mempunyai segala-galanya namun hatinya kosong....Kosong tanpa kasih sayang dari ibu bapanya... Ibu bapanya yang terlalu taksub dengan kerjaya dan keduniaan sehingga sanggup mengabaikan kebajikan anak sendiri.... Roy mempunyai minat tersendiri malah telah diiktiraf bakatnya tetapi ibu bapanya memandang kejayaan dan minatnya adalah satu perbuatan sia-sia....Jika keluarga sendiri pon tidak menghargai bakatnya, siapa lagi? Sedangkan keluarga lah insan yang paling dekat dalam hidupnya....

Sudin pula hidup dalam serba kekurangan. Emaknya telah lama meninggal dunia dan ini memberi impak yang terlalu besar dalam dirinya... Ayahnya yang selalu berleter dan memukulnya.... Oleh sebab kekurangan itu, Sudin seakan-akan hilang panduan hidup dan selalu gagal dalam pelajaran... Sudin juga mempunyai minat tersendiri...Minat terhadap seni mempertahankan diri terlalu tebal dalam dirinya... Namun, ayahnya tidak merestui minatnya dan menganggap semua itu adalah jalan untuk menjadi samseng...

Sudin dan Roy berkawan baik....Sudin keluarga Roy dan Roy adalah keluarga Sudin..Segala masalah, susah senang dikongsi bersama.... Namun, segala-galanya berubah bila semua orang buka minda untuk berfikir, buka mata untuk melihat apa yang tersirat dan apa yang tersurat.. Tidak lagi buta dan tidak lagi pendek akal...

Ibu bapa mana yang x sayang anak...apa sahaja yang dilakukan oleh mereka adalah untuk masa depan anak-anak mereka... Kasih sayang mereka terlalu tebal dan tidak boleh diungkap dengan kata-kata.. Namun, ada sesetengah ibu bapa yang tidak tahu menunjukkan kasih sayang itu terhadap anak mereka... Lalu anak-anak silap mentafsir....Anak-anak menganggap yang mereka tidak disayangi ..Itulah anak-anak....Mata dan pemikiran mereka terlalu tumpul untuk menilai dan melihat kasih sayang itu jika tidak ditunjukkan dengan perbuatan dan kata-kata.... Sesekali ibu bapa perlu mengusap dan mencium dahi anak-anak...Tanda sayang yang tiada tandingnya...Ibu bapa perlu mengungkap kalimah " Emak dan Ayah sayang kamu semua"...Cukup lah sekadar itu....

Jangan sesekali marah atau memukul anak-anak jika mereka mendapat markah rendah dalam peperiksaan... Jangan sesekali ungkap perkataan yang buruk-buruk kepada anak-anak...Apa yang dikatakan oleh ibu bapa adalah satu doa..Jangan sering menyalahkan anak-anak..Tetapi cermin diri ibu bapa masing-masing....Apa yang kalian lakukan sampai anak-anak terlalu bebal untuk berjaya....Pujilah mereka dan bagilah sokongan... Hanya pujian dan sokongan yang dapat menaikkan semangat anak-anak...MEREKA TAK BODOH tapi belum tiba masanya lagi mereka menjadi PANDAI...


** walaupun aku belum pernah merasa Anugerah Dekan....walaupun aku mendapat pointer yang tak cukup tinggi...tapi AKU TAK BODOH.....

Saturday, May 7, 2011

Puisi Buat Umi

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....

Ya Allah Ya Tuhanku....

Rendahkanlah suaraku, perindahkanlah ucapanku dan lembutkan hatiku untuk umiku
Kasmani bt Alias
Berilah ia balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya kepadaku
Peliharakanlah dia sebagaimana dia memeliharaku.....

Ya Allah Ya Tuhanku....

Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya
Sebagaimana dia mengasihaniku sejak kecil
Panjangkanlah usianya, murahkanlah rezekinya dan berikanlah keberkatan dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga.....

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia Maha Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih di atas semua Pengasih.....

Amin Ya Rabbal Alamin....

Bunga nie utk UMI...sebagai tanda sayangku pada UMI...SELAMAT HARI IBU, UMI....farid sayang umi...