Thursday, May 19, 2011

Aku Tak BODOH...

Kejayaan anak-anak adalah dari galakan, dorongan dan doa kedua-dua ibu bapa.... Kepada ibu bapa di luar sana, sesibuk mana pon anda, anak-anak jangan sesekali diabaikan....filem Aku Tak BODOH adalah satu cerita yang amat2 memberi kesan kepada saya yang mana cerita ini berkisar kekeluargaan. Dua buah keluarga iaitu keluarga Roy dan keluarga Sudin...

Roy mempunyai keluarga yang cukup lengkap... Kekayaan dan kemewahan adalah miliknya..tetapi x semua yang dia impikan menjadi kenyataan... Biarpun Roy mempunyai segala-galanya namun hatinya kosong....Kosong tanpa kasih sayang dari ibu bapanya... Ibu bapanya yang terlalu taksub dengan kerjaya dan keduniaan sehingga sanggup mengabaikan kebajikan anak sendiri.... Roy mempunyai minat tersendiri malah telah diiktiraf bakatnya tetapi ibu bapanya memandang kejayaan dan minatnya adalah satu perbuatan sia-sia....Jika keluarga sendiri pon tidak menghargai bakatnya, siapa lagi? Sedangkan keluarga lah insan yang paling dekat dalam hidupnya....

Sudin pula hidup dalam serba kekurangan. Emaknya telah lama meninggal dunia dan ini memberi impak yang terlalu besar dalam dirinya... Ayahnya yang selalu berleter dan memukulnya.... Oleh sebab kekurangan itu, Sudin seakan-akan hilang panduan hidup dan selalu gagal dalam pelajaran... Sudin juga mempunyai minat tersendiri...Minat terhadap seni mempertahankan diri terlalu tebal dalam dirinya... Namun, ayahnya tidak merestui minatnya dan menganggap semua itu adalah jalan untuk menjadi samseng...

Sudin dan Roy berkawan baik....Sudin keluarga Roy dan Roy adalah keluarga Sudin..Segala masalah, susah senang dikongsi bersama.... Namun, segala-galanya berubah bila semua orang buka minda untuk berfikir, buka mata untuk melihat apa yang tersirat dan apa yang tersurat.. Tidak lagi buta dan tidak lagi pendek akal...

Ibu bapa mana yang x sayang anak...apa sahaja yang dilakukan oleh mereka adalah untuk masa depan anak-anak mereka... Kasih sayang mereka terlalu tebal dan tidak boleh diungkap dengan kata-kata.. Namun, ada sesetengah ibu bapa yang tidak tahu menunjukkan kasih sayang itu terhadap anak mereka... Lalu anak-anak silap mentafsir....Anak-anak menganggap yang mereka tidak disayangi ..Itulah anak-anak....Mata dan pemikiran mereka terlalu tumpul untuk menilai dan melihat kasih sayang itu jika tidak ditunjukkan dengan perbuatan dan kata-kata.... Sesekali ibu bapa perlu mengusap dan mencium dahi anak-anak...Tanda sayang yang tiada tandingnya...Ibu bapa perlu mengungkap kalimah " Emak dan Ayah sayang kamu semua"...Cukup lah sekadar itu....

Jangan sesekali marah atau memukul anak-anak jika mereka mendapat markah rendah dalam peperiksaan... Jangan sesekali ungkap perkataan yang buruk-buruk kepada anak-anak...Apa yang dikatakan oleh ibu bapa adalah satu doa..Jangan sering menyalahkan anak-anak..Tetapi cermin diri ibu bapa masing-masing....Apa yang kalian lakukan sampai anak-anak terlalu bebal untuk berjaya....Pujilah mereka dan bagilah sokongan... Hanya pujian dan sokongan yang dapat menaikkan semangat anak-anak...MEREKA TAK BODOH tapi belum tiba masanya lagi mereka menjadi PANDAI...


** walaupun aku belum pernah merasa Anugerah Dekan....walaupun aku mendapat pointer yang tak cukup tinggi...tapi AKU TAK BODOH.....

No comments:

Post a Comment