Wednesday, May 25, 2011

Seribu Kesyukuran Ku Panjatkan.....

Bismillah Hirrahmanir Rahim...

Alhamdulillah....seribu kesyukuran ku panjatkan kepada Allah SWT....kejayaan yang aku dapat hari ini adalah anugerah yang paling bermakna dalam hidupku....setelah sekian lama aku menanti saat-saat ini...dari semester 1 hingga semester 5...akhirnya dapat juga aku merasa kejayaan itu....selama nie aku hanya melihat kegembiraan kawan-kawanku sahaja...tetapi sekarang nie aku dapat juga merasa apa yang mereka rasa selama nie...aku tidak menyangka...semester akhir ini memberi seribu makna dan kenangan yang paling manis dalam hidup aku...Terima Kasih Allah......

Umi...Abah...terima kasih atas segala sokongan dan dorongan selama nie...terima kasih kerana tidak jemu-jemu berdoa untuk anakmu ini....kejayaan dan kecemerlangan ini adalah hadiah yang amat bernilai untuk Umi dan Abah...tiada yang paling bahagia dalm hidup ini selain dapat membahagiakan Umi dan Abah...

Ya Allah Ya Tuhanku....

Aku tahu kejayaan ini adalah sementara sahaja..kejayaan ini adalah milikmu...Aku berdoa kepadamu Ya Allah....kekalkanlah kejayaan ini....janganlah Kau taburkan benih-benih mazmumah dalam diriku....Kau lindingilah aku dari perangai angkuh, bongkak dan sombong di atas kejayaan ini...Sesungguhnya, nikmat ini adalah kerana KekuasaanMu...Kau berhak memberi nikmat ini kepada sesiapa yang Kau inginkan dan Kau juga berhak menarik balik nikmat ini....

"Ya Allah.....Satu sahaja yang ku minta...jika kejayaan ini adalah milikku, Kau kekalkanlah ia dan jauhi diriku dari sifat-sifat sombong dan bongkak....jika kejayaan ini hanyalah untuk kali ini sahaja, Kau tabahkanlah hatiku...jangan biarkan aku menangis sekiranya aku tidak dapat mengecapi nikmat ini lagi...."

Hanya Engkau tempatku meminta dam bermohon kasih....Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mendengar...

Amin Ya Rabbal Alamin....

No comments:

Post a Comment